Saturday 7 March 2015

Pengenalan

Bismillahi Rahmani Rahim..

Assalamualaikum Warahmatullahi Wabarakatuh

Allahumma Solli A'la Saiyyidina Muhammad Wa Alihi Wa Sohbihi Wa Salam Fi Kuli Lamhatin Wa Nafasin A'dada Ma Wa Si'ahu Ilmu Allah.

Alhamdulillah, segala puji bagi Allah SWT segala nikmat yang diberi kepada ana untuk menulis blog buat kali pertama. Pada hari ini ana nak kongsikan satu tempat yang mana memberi satu makna yang besar kepada ana. Ana tidak pernah mengenal apa itu Ulama'? Apa itu ilmu turath?  dan apa itu pengorbanan?. Tetapi selepas setahun 2 bulan menjejakkan kaki dan mempelajari di sana ana merasakan tidak cukup puas. Ia ibarat seperti makan tetapi tidak pernah kenyang kerana di sana terdapat ilmu-ilmu seperti ilmu rohani yang menjadi makanan utama ana di sana. Ya Allah betapa rindunya ana ketika berada di sana.

Di sana juga mempunyai seorang ulama' yang hebat. Beliau sering dikelilingi oleh pelbagai ulama' di seluruh dunia. Diceritakan kepada ana bahawa ada seorang ulama' luar negara yang tidak pernah datang ke Malaysia, datang ke Malaysia semata-mata ingin berjumpa dengan beliau. Pada tahun ini 2015 sahaja beliau telah menerima anugerah daripada kerajaan Maghribi. Kalau nak diceritakan memang banyak kemulian yang diterima oleh beliau.


Tujuan ana menulis blog ini kerana kerinduan ana yang mendalam terhadap beliau. Ana akan berkongsikan kisah hidup beliau dan mengongsikan ilmu-ilmu yang ana perolehi. In Shaa Allah.

Semoga blog ini dapat menambahkan dan mempertingkatkan pengetahuan kita tentang ilmu Naqli. Amiin... Ya Allah








No comments:

Post a Comment