Sunday 8 March 2015

Tempat Bermulanya Digelar Penuntut Ilmu

Bismillahi Rahmani Rahim.

Assalamualaikum Warahmatullahi Wabarakatuh.

Allahumma Solli A'la Saiyyidina Muhammad Wa Alihi Wa Sohbihi Wa Salam Fi Kuli Lamhatin Wa Nafasin A'dada Ma Wa Si'ahu Ilmullah.

Alhamdulillah, segala puji bagi Allah SWT atas segala nikmat dan kurnian-Nya yang diberi kepada ana untuk menulis entri ini buat kali ke-2. Kali ini ana nak menceritakan suatu tempat diberi nama Zawiyah Sayyid Ahmad Syarif atau Sekolah Tinggi Islam As Sofa. Sekolah ini diasaska oleh seorang ulama' iaitu Dato' Syeikh Muhammad Fuad Bin Kamaluddin Al Muhammadi.



Sekolah ini asalnya bernama Maahad At-Taufiqi Al Husainiah, Cengkau Ulu, Rembau. Pada tahun 2007 sekolah ini dibina di atas tanah wakaf di Bukit Sembilan, Rembau, Negeri Sembilan dan ditukar nama kepada Sekolah Tinggi Islama As Sofa pada tahun 2008. Ketika pembinaan sekolah ini, seorang ulama' yang merupakan guru kepada pengasas sekolah ini telah menziarahi iaitu Sheikh Muhammad Ibrahim Al-Kattani . Pada tahun 2009 sekolah ini telah didaftarkan secara rasmi di bawah Kementerian Pelajaran Malaysia (Bahagian Swasta) di bawah kelolaan Kumpulan Pendidikan Sofa (SEG).

Sekolah ini telah beroperasi selama 7 tahun dan menghasilkan banyak kejayaan. Pada tahun ini, sekolah ini telah mewujudkan satu aliran baru iaitu Aliran Naqliyah.





Diceritakan kepada ana sewaktu sekolah ini ingin dibuka, ada satu peristiwa di mana semua ketika itu terlihat awan yang menyerupai capal Rasulullah SAW. Diceritakan lagi peristiwa ini menandakan bahawa Rasulullah SAW meredai perjuangan beliau iaitu mengasaskan sekolah ini. Selain itu, seorang ulama' pernah menyatakan kepada beliau akan lahir ulama' daripada sekolah ini.

Itu sahaja yang ana nak kongsikan. Untuk mengetahui dengan lebih lanjut tentang sekolah ini bolehlah layari laman web ini http://stiasrembau.blogspot.com/#

Sekian sahaja daripada ana. In Shaa Allah ana akan menceritakan serba sedikit tentang pengasanya pula pada entri yang lain.

No comments:

Post a Comment